TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN TUGAS - MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) ICYM SESI 2023/2024
Written by PROICYMSuasana ceria sekitar Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Perwakilan Pelajar ICYM sesi 2023/2024. yang telah disempurnakan oleh Encik Aminalrashid Mohd Hussain, Pendaftar ICYM.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan MPP baru atas pengiktirafan terhadap bakat kepimpinan anda. Justeru itu, kepercayaan dan mandate yang telah diberikan hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya..
Syabas semua barisan kepimpinan MPP ICYM yang telah dilantik. Berusaha dan bertindaklah dengan lebih proaktif dalam memimpin para pelajar ICYM ke arah yang lebih cemerlang.
Selamat Maju Jaya dan Selamat menjalankan tugas.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”
Suasana ceria dan meriah berlangsung di program Gathering Hi-Tea with Students bertempat di ICYM CAFÉ. Seramai 77 pelajar pastri dan kulinari SKM tahap 2 & 3 terlibat menjayakan program tersebut dan ini serupakan sebahagian dari projek akhir mereka sebelum tamat latihan.
Ini dapat mengembangkan bakat serta kemahiran pelajar sekaligus meningkatkan potensi mereka dalam bidang kulinari dan pastri. Majlis juga telah diserikan dengan persembahan bertenaga dan menghiburkan dari pemenang-pemengan pertandingan nyanyian ICYM IDOL.
TAHNIAH ICYM TVET CENTRE
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”
Tahniah dan syabas diucapkan kepada ICYM TVET Centre atas pembukaan rasmi ICYM CAFE dan Fasiliti Kulinari & Pastri. Semoga kemudahan-kemudahan yang disediakan ini akan memberi manfaat kepada semua warga kerja dan pelajar di kampus induk ICYM.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi ICYM kerana sudi menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Diharapkan semoga ICYM terus maju jaya.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”
Program Executive Talk dan penglibatan pihak industri dapat memberi suntikan baru kepada pelajar ICYM melalui perkongsian aspirasi dan kejayaan sebagai sumber inspirasi untuk mereka meningkatkan motivasi diri
Terima kasih kepada Master Shiro dan Tuan Tjey sudi berkongsi pengalaman dan tips-tips yang sangat berguna terutama dalam bidang Digital Transformation Strategy.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”
Sekitar suasana Hari Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 yang telah berlangsung dengan jayanya. Tempoh berkempen selama 2 minggu memberi peluang para pelajar ICYM mengenali dan meneliti manifesto calon yang bertanding.
Seramai 10 calon mendapat undian terbanyak seterusnya berjaya terpilih sebagai MPP dan antaranya adalah Willy Jali Anak Dagang, Aliff Najmi Musa, Alia Safiya Amir dan Coralyn Emba Anak Ngadi.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang MPP sesi 2023/2024.. Berusaha dan bertindaklah dengan lebih proaktif dalam memimpin para pelajar ICYM ke arah yang lebih cemerlang.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”
Program Eventerra 2.0 berjaya menonjolkan sifat kepimpinan, kerja berpasukan dan bakat keusahawanan di kalangan pelajar ICYM. Ini selaras dengan matlamat Sekolah Pengurusan Perniagaan memberi pendedahan ilmu keusahawanan dan perniagaan.
Pelbagai acara diadakan seperti jualan makanan, minuman dan aktiviti lain mengikut kreativiti masing-masing untuk menjana keuntungan. Program dimeriahkan lagi dengan persembahan Kewer Dance dan Ihram Tutorial. Apabila ditanya berkenaan program ini, rata-rata pelajar menyatakan ianya bagus dan boleh ditambahbaik lagi di masa akan datang.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”
ICYM DAN TADIKA NADI INTELEK JALIN KERJASAMA PERKUKUH PENDIDIKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA@ WORK BASED LEARNING (WBL)
Written by PROICYMSatu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian untuk pendidikan pembelajaran berasaskan kerja @ WBL antara ICYM dan Tadika Nadi Intelek telah diadakan bertempat di kampus induk ICYM Bukit Sebukor.
Perjanjian kerjasama ini antara lain bagi memperkukuhkan pembelajaran berasaskan pengalaman kerja sebenar@ WBL dan menyediakan para pelajar ICYM peluang mengaplikasikan pembelajaran bilik darjah kepada isu-isu praktikal di tempat kerja terutama dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat memberi impak yang positif kepada ICYM dan Tadika Nadi Intelek.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”
AADK Negeri Melaka telah dijemput untuk mengadakan ceramah dan pameran antidadah bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar ICYM berkaitan najis dadah serta kesan dan akibatnya.
Program anjuran ICYM TVET ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan meningkatkan kesedaran tentang penyalahgunaan dadah. Melalui pameran ini, pelajar dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah.
Diharap semoga semua pelajar mendapat pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”
PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS PEMBUATAN PASTRI BAGI PELAJAR MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
Written by PROICYMSuasana ceria sekitar penyampaian sijil kursus pembuatan pastri bagi pelajar Murid Berkeperluan Khas (MBK), 3 buah sekolah negeri Melaka. Majlis disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Melaka, Encik Md Aziz Haji Lani.
Program kerjasama ICYM dan Jabatan Pendidikan Melaka ini bertujuan meningkatkan kemahiran pastri dan skil masakan pelajar MBK dengan bimbingan tenaga pengajar terlatih.
Tahniah para peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.
Program Amal ICYM TVET di Rumah Anak Yatim Darul Aitam
Written by PROICYMTerima kasih kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Telok Mas Melaka sudi menerima kunjungan dari ICYM TVET.
Objektif program memberi pendedahan kepada pelajar ICYM berkaitan aktiviti tanggungjawab sosial @ CSR dan sekaligus meraikan anak-anak terpilih ini.
Justeru, lebih banyak lagi program CSR kepada komuniti akan diadakan lagi di masa akan datang.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"
More...
LAWATAN AUDIT VALIDASI UPSI : Program Master of Education in TESL
Written by PROICYMSelamat Datang pegawai-pegawai dari UPSI yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad, Dekan FBK ke ICYM. Sesi Lawatan Audit ini dimulakan dengan sesi perbincangan ICYM sebagai Pusat Pembelajaran UPSI bagi program Master of Education in TESL. Seterusnya, sesi lawatan kemudahan-kemudahan dan fasiliti pembelajaran di ICYM
Terima kasih kepada pihak UPSI kerana sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia ini dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan tinggi negara.
Kepada semua pelajar tingkatan 5 2022 , warga ICYM mengucapkan Selamat Berjaya dan semoga mencapai kecemerlangan.
Diharap anda dapat menjawab dengan jayanya dan buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.
Ingatlah KEJAYAAN adalah hak milik setiap insan. Semoga anda dapat menempuh peperiksaan SPM dengan penuh ilmu di dada dan tenang menjawab soalan.
Ikhlas dari Warga ICYM
Perjumpaan pegawai JPA bersama pelajar-pelajar tajaan JPA
Written by PROICYMSelamat Datang kepada pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke ICYM . Perjumpaan khas bersama pelajar-pelajar tajaan JPA ICYM antara lain bertujuan memantau perkembangan semasa pelajar di kampus.
Terima kasih pihak JPA sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga usaha-usaha murni ini akan meningkatkan lagi mutu pendidikan tinggi negara.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"