Berita

Selasa, 06 Julai 2021 11:20

Majlis Konvokesyen 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

Konvokesyen KAYM Kali Ke-17: 520 Graduan Terima Ijazah, Diploma Dan Sijil

Seramai 520 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil masing-masing bersempena dengan Majlis Konvokesyen, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) Kali Ke-17 yang berlangsung pada 14 September 2019 di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). 

Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Penganugerahan tersebut melibatkan graduan yang mengikuti program dalaman, program kerjasama KAYM-UTM dan sijil kemahiran.

Graduan program Aeronautic Development Centre (ADC), Muhammad Danial Aqil Mohd Swalitan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Konvokesyen dalam majlis tersebut. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam aspek akademik, kokurikulum dan penglibatan dalam aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Saya akan menggunakan ilmu yang dipelajari daripada tenaga pengajar berpengalaman di KAYM ini dalam bidang pekerjaan nanti,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera dalam bidang kejuruteraan pesawat.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi dan ahli-ahli lembaga pengarah KAYM.

 

Read 63 times Last modified on Khamis, 05 Ogos 2021 06:44

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram