Berita

Selasa, 13 Julai 2021 02:05

KURSUS PIC SEMENTARA TUNGGU KEPUTUSAN SPM

Written by
Rate this item
(0 votes)
Kursus PIC Kursus PIC KAYM

KURSUS PROGRAM INTRO CAREER (PIC) SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN SPM

Program Intro Career (PIC) Kolej Antarabanga Yayasan Melaka (KAYM) yang julung kali dianjurkan mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi pilihan pelajar selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sementara menunggu keputusan peperiksaan masing-masing.

KAYM menjadi satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan pelbagai kursus di bawah program ini yang dijalankan secara teori dan praktikal bagi memberi pendedahan awal kepada peserta sebelum melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi.

Kursus ini memberikan pengalaman menarik kepada peserta kerana mereka boleh belajar dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan sama ada di dalam kelas atau di luar bilik kuliah.

Menurut salah seorang peserta program Sijil Asas Video dan Sinematografi, Aliff Naqiuddin Mohd Rozaime, kursus ini menyediakan peluang yang baik kepada beliau untuk mempelajari bidang yang diminati sementara menunggu keputusan SPM.

“Saya tertarik dengan kursus yang ditawarkan dalam program PIC ini kerana ia dijalankan secara praktikal dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman,”  katanya.

Menurutnya, pengalaman belajar mengenai teknik dan tatacara rakaman di studio dan penggambaran luar memberikan pengalaman yang menarik kepada beliau untuk mengenali dan menggendalikan peralatan seperti kamera dan lampu dengan baik.

Program ini menawarkan sejumlah 21 kursus menarik yang dijalankan selama 12 minggu. Antaranya, Basic Pastry and Bakery, Auto CAD and Application Development dan Basic Aerodynamic in Aviation Tool Crib For AirCraft.

Read 81 times Last modified on Khamis, 05 Ogos 2021 07:04

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram