Berita

PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG DIPLOMA KEUSAHAWANAN MUTAWWIF

 

Diploma Keusahawanan Mutawwif ditawarkan bertujuan untuk melahirkan seorang usahawan mutawwif yg profesional dan Kompeten. JOM SERTAI KAMI:-

 

SYARAT KELAYAKAN

✅ Minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - 3 KREDIT

✅ Berumur 17 Tahun ke Atas

✅ Sihat Fizikal & Mental

✅ Terbuka kepada lelaki & Wanita

 

KELEBIHAN 

✅ Berpeluang membuat Latihan Industri di MEKAH dan MADINAH

✅ Teknik Pembelajaran Yang Menarik.

✅ Tenaga Pengajar yg Berpengalaman

 

PELUANG KERJAYA

✅ Mutawwif dan Mutawwifah Profesional

✅ Pengurus Operasi Umrah dan Pelancongan

✅ Usahawan Pelancongan Berkonsepkan Islam

✅ Menguruskan Pelancongan ke bumi Ambia

 

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi Kami:

 

Untuk permohonan:

Borang Permohonan Secara Dalam Talian

Khamis, 02 September 2021 04:03

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke -64

Written by

SERTAI KAMI PROGRAM DIPLOMA BIMBINGAN & KAUNSELING PENGAMBILAN SESI JULAI 2021.

 

Diploma Bimbingan & Kaunseling menjanjikan laluan kerjaya yang amat cerah.

 

Malah ramai alumni Diploma Bimbingan & Kaunseling Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka menyambung pengajian peringkat Ijazah di Universiti Awam.

 

KELEBIHAN-KELEBIHAN LAIN

* Tenaga Pengajar Yang Pengalaman.

* Suasana Pembelajaran dan Pengajaran Yang Kondusif.

* Kemudahan Asrama Disediakan 

* Penempatan Tempat Latihan Industri disediakan oleh Kolej.

* Lokasi Kampus yang Strategik

 

*JOM DAFTAR SEGERA*

Borang Permohonan Secara Online

 

#icym4u #melakaeducation #bimbingandankaunseling #icym #jomsambungbelajar

Program Penjana KPT-Career Advancement Programme (CAP) IPTS dengan tajaan Kementerian Pengajian Tinggi sepenuhnya. Antara kursus yang dijalankan ialah Kursus Barber, Kulinari, Pastri dan Telecomunication Customer Service.

Syarat penyertaan :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Graduan yang telah tamat pengajian pada tahun 2019, 2020 dan 2021 serta belum mendapat pekerjaan ataumendapat pekerjaan tidak setanding dengan kelayakanakademik mereka selepas bergraduat (underemployment);
  3. Graduan terdiri daripada IPTA dan IPTS / Kolej Komuniti / Politeknik

Kelebihan :

  1. Tajaan sepenuhnya:-
  • Yuran pengajian sepenuhnya
  • Makan/minum
  • Tempat tinggal
  • Pengangkutan 
  1. Penempatan kerja selepas tamat latihan (tempoh latihan selama sebulan sahaja)
Bersama ini disertakan pautan laman sesawang permohonan Borang dalam talian bagi graduan yang berminat.
Selasa, 10 Ogos 2021 06:45

Tawarkan Biasiswa Penuh JPA

Written by

TAWARAN BIASISWA PENUH

PENGAJIAN DIPLOMA SEPENUH MASA

 

-DIPLOMA TEKNOLOGI MEDIA

-DIPLOMA TEKNOLOGI MULTIMEDIA

-DIPLOMA TEKNOLOGI ANIMASI

 

Permohonan Online:

Borang Permohonan

Selasa, 10 Ogos 2021 06:34

Salam Maal Hijrah

Written by

SALAM MAAL HIJRAH❤️

 

Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

 

Semoga tahun baru ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.

 

Salam Awal Muharam 

 

1 Muharram 1443H | 10 Ogos 2021

“Saya tertarik dengan kursus yang ditawarkan dalam program PIC ini kerana ia dijalankan secara praktikal dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman,”

Demikian kata salah seorang peserta program Sijil Asas Video dan Sinematografi, Aliff Naqiuddin Mohd Rozaime. Kursus ini telah menyediakan peluang yang baik kepada beliau untuk mempelajari bidang yang diminati sementara menunggu keputusan SPM. 

Program Sijil Asas Video dan Sinematografi ini adalah sebahagian dari sejumlah 21 kursus menarik yang ditawarkan oleh KAYM. Dijalankan selama 12 minggu di kampus utama KAYM. Kursus-kursus lain yang turut ditawarkan adalah seperti Basic Pastry and BakeryAuto CAD and Application Development dan Basic Aerodynamic in Aviation Tool Crib For AirCraft.

Selasa, 13 Julai 2021 02:05

KURSUS PIC SEMENTARA TUNGGU KEPUTUSAN SPM

Written by

KURSUS PROGRAM INTRO CAREER (PIC) SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN SPM

Program Intro Career (PIC) Kolej Antarabanga Yayasan Melaka (KAYM) yang julung kali dianjurkan mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi pilihan pelajar selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sementara menunggu keputusan peperiksaan masing-masing.

KAYM menjadi satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan pelbagai kursus di bawah program ini yang dijalankan secara teori dan praktikal bagi memberi pendedahan awal kepada peserta sebelum melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi.

Kursus ini memberikan pengalaman menarik kepada peserta kerana mereka boleh belajar dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan sama ada di dalam kelas atau di luar bilik kuliah.

Menurut salah seorang peserta program Sijil Asas Video dan Sinematografi, Aliff Naqiuddin Mohd Rozaime, kursus ini menyediakan peluang yang baik kepada beliau untuk mempelajari bidang yang diminati sementara menunggu keputusan SPM.

“Saya tertarik dengan kursus yang ditawarkan dalam program PIC ini kerana ia dijalankan secara praktikal dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman,”  katanya.

Menurutnya, pengalaman belajar mengenai teknik dan tatacara rakaman di studio dan penggambaran luar memberikan pengalaman yang menarik kepada beliau untuk mengenali dan menggendalikan peralatan seperti kamera dan lampu dengan baik.

Program ini menawarkan sejumlah 21 kursus menarik yang dijalankan selama 12 minggu. Antaranya, Basic Pastry and Bakery, Auto CAD and Application Development dan Basic Aerodynamic in Aviation Tool Crib For AirCraft.

Selasa, 06 Julai 2021 11:20

Majlis Konvokesyen 2019

Written by

 

Konvokesyen KAYM Kali Ke-17: 520 Graduan Terima Ijazah, Diploma Dan Sijil

Seramai 520 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil masing-masing bersempena dengan Majlis Konvokesyen, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) Kali Ke-17 yang berlangsung pada 14 September 2019 di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). 

Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Penganugerahan tersebut melibatkan graduan yang mengikuti program dalaman, program kerjasama KAYM-UTM dan sijil kemahiran.

Graduan program Aeronautic Development Centre (ADC), Muhammad Danial Aqil Mohd Swalitan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Konvokesyen dalam majlis tersebut. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam aspek akademik, kokurikulum dan penglibatan dalam aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Saya akan menggunakan ilmu yang dipelajari daripada tenaga pengajar berpengalaman di KAYM ini dalam bidang pekerjaan nanti,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera dalam bidang kejuruteraan pesawat.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi dan ahli-ahli lembaga pengarah KAYM.

 

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram